Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri
07 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPada 06 Ogos 2016 telah diadakan Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Jeram dengan kerjasama KRT Kampung Jeram. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk perpaduan antara semua kaum. Selain itu, untuk memperkenal dan mempromosikan Pusat Internet (PI) Kampung Jeram kepada penduduk setempat.
Program ini telah menarik seramai 300 orang tetamu yang hadir. Program ini bermula dari pukul 3.00 petang hingga 6.30 petang. Antara aktiviti yang di jalankan sepanjang program ini berlangsung adalah Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) Quiz KDB, Word Search, Telinga Pekak dan banyak lagi. Disamping itu, turut diadakan pembahagian duit raya kepada kanak-kanak. Antara tetamu terhormat yang hadir adalah Puan Normah Binti Daud, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: