Kursus Kemahiran Jangka Pendek Modul 1 (Asas Microsoft Office)
26 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 24 sehingga 25 April 2016 Pusat Internet 1 Malaysia Jeram (PI Jeram) telah mengadakan program Kursus Kemahiran Jangka Pendek Modul 2 (Asas Microsoft Office). Program ini diadakan dengan kerjasama KEMAS DUN Gaal, program melibatkan seramai 18 Orang peserta yang terpilih. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia tentang asas penggunaan Microsoft Office bagi memudahkan mereka melakukan kerja khusus atau "assignment" apabila di univesiti .
Selain itu, matlamat program ini diadakan bagi melahirkan golongan usahawan online dalam kalangan para belia mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prinhati terhadap pengguna lain. Program ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu terhomat di jemput untuk merasmikan majlis peramian penutup Program ini adalah Encik Zuki Bin Hamat iaitu Penyelia KEMAS DUN Gaal Pasir Puteh, Kelantan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: