Fiesta Etnik & Sukan Tradisional sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan 2017
24 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23/09/2017 telah diadakan Fiesta Etnik & Sukan Tradisional sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan 2017. Program ini diadakan dengan kerjasama oleh pelbagai agensi Kerajaan dan Swasta. Matlamat program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan antara semua kaum dan yang ada di Kelantan dan mengenali budaya dan makanan tradisional setiap kaum yang ada di Kelantan. Di samping itu program seperti ini dapat menerapkan budaya sukan dalam kalangan para peserta dan menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan masyarakat pada hari in. Seramai 1000 orang tetamu yang hadir.
Banyak aktiviti yang berfaedah telah diadakan. Antaranya adalah senaman seni tai chi & sholin, acara sukan tradisional, tarian tradisional, sobek wau, memanah dan banyak lagi. Antara tetamu VIP yang hadir adalah YBrs Tuan Baharin Bin Idris (Ketua Pengarah JPNIN Malaysia) dan Ybrs Puan Salasiah Binti Hashim (Pengarah JPNIN Kelantan).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: