Pendidikan
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram (SMKJ) dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Jeram diambil sempena nama kampung di mana sekolah itu mula dibuka. Ini bertepatan dengan hasrat penduduk kampung Jeram yang memperjuangkan agar sebuah sekolah menengah didirikan untuk kemudahan anak-anak tempatan Jeram mendapatkan pendidikan di peringkat memengah. Sebelum ini, anak-anak tempatan Jeram terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Kamil, Sekolah Menengah Tok Janggut dan Sekolah Menengah Gaal. Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram mempunyai anggaran seramai 1200 orang pelajar
Sekolah Kebangsaan Jeram
Sekolah Kebangsaan Jeram atau nama ringkasnya SK Jeram, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Jeram Jalan Machang. Populasi pelajar di Sekolah Kebangsaan Jeram adalah seramai 450 orang pelajar. Terdapat juga sekolah pendidikan awal dan tadika di sekitar Kampung Jeram.
Kolej Vokasional (KV Pasir Puteh)
Kolej Vakasional Pasir Puteh (KVPP) mula beoperasi dengan pengambilan pertama pada Jun 2017. Kursus yang ditawarkan adalah Agro Industri Tanaman, Agro Industri Ternakan Ruminan, Agro Industri Ternakan Poltri dan Perakaunan. Permohonan boleh di buat melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my. Semua pemohon perlu meduduki pentaksiran secara berpusa di 555 pusat penaksiran yang ditetapkan seluruh negara.
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh atau Science Pasir Puteh Secondary School,dikenali dengan nama ringkasnya SCIPP (Science Pasir Puteh), merupakan satu-satunya sekolah menengah berasrama penuh perempuan di Pantai Timur. Sekolah ini terletak di Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh ialah salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan di daerah Pasir Puteh. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1998 bersamaan 1418 Hijrah