Penyalahguna Dadah Peringkat Komuniti Kampung Jeram
17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini16 Februari 2019 (Sabtu) Program Penyalahguna Dadah Peringat Komuniti Kg. Jeram telah diadakan di Dewan Terbuka KRT Kg. Jeram. Matlamat program ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan jenayah dan langkah-langkah pencegahan. Program ini juga memberi pendedahan tentang bahayanya dadah kepada manusia. Selain itu, memberi pendedahan kepada ibu bapa pentingnya untuk memantau aktviti harian anak-anak mereka bagi mecegah perkara yang tidak diingini berlaku.
Program ini juga dapat mempromosikan aktiviti dan program yang bakal diadakan di Pusat Internet Jeram. Seramai 100 orang peserta yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pelajar sekolah, guru-guru dan ibu bapa. Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah Superintenden Abdul Rozak Bin Mohammad (Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Kelantan). Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: