Ujian Penilaian Bahasa Inggeris eKelas
16 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2019 yang lalu, pihak Maxis eKelas dan para guru telah mengadakan sesi Ujian Penilaian bagi Subjek Bahasa Inggeris. Program ini dianjurkan bagi melihat keberkesanan pelajar-pelajar terhadap sesi pembelajaran yang telah diajar sebelum ini bermula dari bulan Januari 2019. Ujian Penilaian ini adalah bagi mengumpul mata para pelajar bagi sesi persekolahan Penggal Pertama.
Daripada sesi penilaian ini juga, para guru dapat mengambil kira keberkesanan cara mengajar dan input apa yang boleh diterima oleh para pelajar. Kelas ini diadakan untuk memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: