Kursus Keusahawanan Digital dan Taklimat KDB
7 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 06/04/2019 (Sabtu) telah diadakan diadakan Kursus Keusahawanan Digital dan Taklimat KDB di Pusat Internet Jeram. Matlamat utama kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan gambaran tentang dunia perniagaan online. Para peserta juga diajar cara untuk mempromosikan produk mereka secara atas talian dan waktu yang sesuai untuk membuat promosi di media social.
Selain itu, turut diselitkan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) agar peserta sentiasa berwaspada dalam menggunakan internet. Seramai 6 orang peserta telah terlibat dalam kursus ini. Banyak ilmu pengetahuan berkaitan dunia perniagaan online telah dikongsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: