PROGRAM IUD 2019 PRESENTATION PROJEK (MODUL III)
23 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22/06/2019 (Sabru) telah diadakan Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) Presentation Projek bagi Modul III di Pusat Internet Kajang Sebidang, Tumpat. Seramai 20 orang peserta telah terlibat dalam program ini. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk membangunkan usahawan desa di sekitar Pusat Internet seluruh KDN 1 merangkumi 11 Pusat Internet di Kelantan. Program ini merupakan satu platform bagi menyemar informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat dikomersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri.
Program kali ini adalah bagi menilai tahap kemajuan peserta sebelum dan selepas menyertai program ini. Para peserta diberi masa 5 minit untuk membuat “presentation” berkaitan produk yang di pasarkan dan diadili oleh beberapa orang juri yang dijemput. Antaranya adalah Nor Ariati Salleh, Pengerusi Kelab Usahawan Wanita Kelantan (KUWAK), Mohd Roslan Bin Mohammed Rafter, Timb. Pengarah SME Corp Kelantan, Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimin Yusof, Pengarah Insititut Keusahawanan SME (ISME), Universiti Malaysia Kelantan., Nik Mohd Faizal Nik Kamarudin, Pengarah Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Negeri Kelantan., Wan Mohd Kasbi, Timbalan Pengarah TEKUN Negeri Kelantan dan Hishamudin Adly Mohamad, Pengarah Syarikat More ADD ADLY Sdn. Bhd.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: