StreamYard Asas bersama Usahawan (Perkasam Hakak Maneh)
13 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniAplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat LIVE untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat LIVE untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.
Pada hari Sabtu, 12 Disember 2020, telah diadakan Slot Keusahawanan bersama dengan Puan Effah Fatihah. Beliau mempromosikan perniagaan beliau iaitu Perkasam Hakak Maneh. Perkasam Hakak Maneh merupakan satu jenama perkasam yang sangat digemari kini. Dengan adanya slot bersama usahawan ini dapat mempromosikan lagi perniagaan Puan Effah.
Slot Keusahawan ini berlangsung selama 1 jam sahaja bermula jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Kami di Pusat Internet Komuniti Jeram menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para usahawan mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan perniagaan e-dagang. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar slot keusahawan ini dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya di dalam dunia perniaagaan yang lahir dari bimbingan Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: