StreamYard Facebook Live (SSM Online) bersama PIK Kg Repek
16 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniAplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat LIVE untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat LIVE untuk semua media. Selain itu, penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.
Pada hari Sabtu, 15 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Jeram dan Pusat Internet Komuniti Kg. Repek telah membuat live facebook berkaitan pendaftaran online SSM. Suruhanjaya Syarikat Malaysia menggalakan para perniaga untuk menggunakan portal online SSM bagi pendaftaran perniagaan baru atau pembahruan lessen perniagaan. Hal ini, bagi memudahkan pengguna dan mengelakan berinteraksi secara bersemuka bagi mengekang penularan Covid19.
Tutorial ini berlangsung selama 30 minit bermuala jan 3.00 petang hingga 3.30 petang. Kami staff PIK membekalkan dan memberikan maklumat terkini berkaitan sebarang kemudahan yang di sediakan oleh kerajaan untuk rakyat. Kami di PIK sedia membantu dan meberi tunju ajar kepada para komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: