Sesi Pembelajaran dalam Talian (II)
18 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2020 (Selasa), pelajar telah datang ke Pusat Internet Komuniti Kg. Jeram bagi mengikuti kelas yang diadakan secara online oleh pihak sekolah berikutan pendemik Covid19. Kelas secara atas talian diadakan bagi menggantikan pengajaran dan pebelajaran secara bersemuka. Pelajar yang hadir merupakan pelajar tingkatan 4 dan beliau bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.
Dengan adanya capaian internet yang berkelajuan tinggi memudahkan para pelajar unutk mengikuti kelas yang diadakan. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang terdapat di PIK Jeram yang memberi keselesan kepada para pelajar. Kami di PIK Jeram bersedia menerima dan membantu para pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran. Seiring dengan penubuhan Pusat Internet Komuniti adalah bagi merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan juga di bandar. Disamping itu, untuk membekalkan capaian internet terutamnya di luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: