StreamYard Asas Perniagaan bersama Shopee I (Facebook Live)
22 November 2020 | Aktiviti TerkiniAplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat LIVE untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat LIVE untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.
Pada hari Sabtu, 21 November 2020, telah diadakan Slot Keusahawanan iaitu cara mengiklankan perniagaan di platform perniagaan dalam talian iaitu Shopee. Staff Pusat Internet mengadakan kelas Asas Perniagaan bersama Shopee bagi membantu usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka tidak hanya masyarakat setempat, malahan luar negeri dan juga luar negara.
Slot Keusahawan ini berlangsung selama 1 jam sahaja bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kami di Pusat Internet Komuniti Jeram menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para usahawan mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan perniagaan e-dagang. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar slot keusahawan ini dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya di dalam dunia perniaagaan yang lahir dari bimbingan Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: