Kelas Shoppee Siri (I)
5 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 Julai 2020 (Sabtu), Pusat Internet Jeram telah mengadakan Kelas Shoppee Siri (I). Kelas ini diadakan bagi membolehkan usahawan untuk meluaskan perniagaan mereka. Hal ini kerana shoppee bukan hanya digunakan di dalam Malaysia malahan seluruh dunia. Oleh itu akan lebih ramai akan mengenali produk yang akan dipasarkan oleh para peserta.
Selain itu, peserta juga dapat belajar berniaga secara online dengan cara yang mudah dan selamat. Banyak manfaat yang akan diperolehi oleh peserta yang mengikuti kelas ini. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti kelas ini. Para peserta dapat meluaskan lagi pegetahuan mereka dalam bidang perniagaan terutamanya perniagaan online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: