Program Malaysia ICT Volunteer (MIV)
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 September 2020 (Sabtu), Pusat Internet Jeram telah menyertai Program Malaysia ICT Volunteer (MIV). Program ini adalah bagi membantu mendidik lebih ramai komuniti yang mampu memajukan dan menghasilkan aplikasi serta perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Para sukarelawan yang terpilih perlu berinteraksi dengan komuniti setempat bagi membimbing penggunaan ICT yang lebih positif supaya dapat membendung masalah penyalahgunaan kemudahan teknologi seperti mengaibkan orang lain di laman sosial Facebook ataupun penyebaran berita palsu di aplikasi WhatsApp.
Seramai 3 orang peserta MIV dari Pusat Internet Jeram telah mengikuti program ini. Program ini telah dijalankan oleh wakil MCMC iaitu Encik Tahir Musa dan Puan Hasyimah Binti Hasyim. Program ini telah dijalankan secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: