Pengisian HRMIS Kemas Dun Semerak
4 November 2020 | Aktiviti TerkiniHuman Resource Management Information (HRMIS) adalah system di baah Aplikasi Perdana Projek Kerajaan Elektronik, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah semua agensi sector aam. Semua Pegawai perkhidmatan Pendidikan meliputi semua jawatan dikehendaki mengisi deskripsi tuga (Job Description –JD) menerusi pertal HRMIS. Pengisian maklumat deskripsi tugas bagi guru melaluai HRMIS ini perlu melaluai 9 peringkat seperti maklumat umum, tujuan pewujudan jawatan, akauntabiliti, demesi, kelayakan akedemik, kompetensi, pengalaman, pengesahan dan jana dokumen JD. Guru juga perlu memuat turun file mwnerusi Google Drive.
Pada 03 November 2020 (Selasa), tenaga pengajar KEMAS DUN Semerak telah hadir ke Pusat Internet Komuniti Jeram bagi mengisi HRMIS mereka. Seramai 10 orang guru telah hadir bagi mengemaskini maklumat HRMIS mereka dan tugas-tugas mereka sebagai tenaga pengajar tadika KEMAS. Kami di Pusat Internet Komuniti Jeram menyediakan kemudahan internet berkelajuan tinggi bagi membantu komuniti setempat, tidak hanya terhad terhadap para pelajar dan golongan usahawan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap dengan adanya program ini komuniti setempat mengetahuai dengan lebih menyeluruh tentang matlamat penubuhan Pusat Internet Komuniti Jeram iaitu merapatkan jurang digital antara bandar dan luar banda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: