Pengisian HRMIS Kemas Gaal Semerak
5 November 2020 | Aktiviti TerkiniHuman Resource Management Information (HRMIS) adalah system di baah Aplikasi Perdana Projek Kerajaan Elektronik, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semua agensi sektor awam. Semua Pegawai perkhidmatan Pendidikan meliputi semua jawatan dikehendaki mengisi deskripsi tugas (Job Description –JD) menerusi portal HRMIS. Pengisian maklumat deskripsi tugas bagi guru di portal HRMIS ini perlu melaluai 9 peringkat seperti maklumat umum, tujuan pewujudan jawatan, akauntabiliti, demesi, kelayakan akedemik, kompetensi, pengalaman, pengesahan dan jana dokumen JD. Guru juga perlu memuat turun file menerusi Google Drive.
Pada 04 November 2020 (Rabu), tenaga pengajar KEMAS DUN Gaal telah hadir ke Pusat Internet Komuniti Jeram bagi mengisi HRMIS mereka. Seramai 10 orang guru telah hadir bagi mengemaskini maklumat HRMIS mereka dan tugas-tugas mereka sebagai tenaga pengajar tadika KEMAS. Kami di Pusat Internet Komuniti Jeram menyediakan kemudahan internet berkelajuan tinggi bagi membantu komuniti setempat, tidak hanya terhad terhadap para pelajar dan golongan usahawan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap dengan adanya program ini komuniti setempat mengetahuai dengan lebih menyeluruh tentang matlamat penubuhan Pusat Internet Komuniti Jeram iaitu merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: