Sesi Pembelajaran dalam Talian
1 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 31 Okrober 2020 (Sabtu), pelajar telah datang ke Pusat Internet Komuniti Kg. Jeram bagi mengikuti kelas yang diadakan secara online oleh pihak universiti berikutan pendemik Covid19. Kelas secara atas talian diadakan bagi menggantikan penganjaran dan pebelajaran secara bersemuka. Dengan adanya capaian internet yang berkelajuan tinggi memudahkan para pelajar unutk mengikuti kelas yang diadakan.
Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang terdapat di PIK Jeram yang memberi keselesan kepada para pelajar. Kami di PIK Jeram bersedia menerima dan membantu para pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran. Seiring dengan penubuhan Pusat Internet Komuniti adalah bagi merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan juga di bandar. Disamping itu, untuk membekalkan capaian internet terutamnya di luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: