Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021
12 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniSambutan bulan kemerdekaan dan hari Malaysia bagi tahun 2021 dengan tema “Malaysia Prihatin”. Penetapan Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke-64 Hari Malaysia bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda Negara.
Malaysia: Perkataan ‘Malaysia’ memberi maksud bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan.
Prihatin: Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan kebangsaan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik akan di lakukan secara atas talian oleh Pusat Internet Jeram bagi menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi semua komuniti dan semua lapisan masyarakat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang akan kami sediakan boleh lawati dan Like page kami iaitu Page PIK Jeram.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: