StreamYard Facebook Live Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 2.0 bersama PIK Repek
12 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniAplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat LIVE untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat LIVE untuk semua media. Selain itu, penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.
Pada hari Sabtu, 11 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Jeram dan Pusat Internet Komuniti Kg. Repek telah membuat live facebook berkaitan permohonan baucer Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 2.0. Sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang telah menjalani pengesahan pengujian prestasi peralatan cekap tenaga yang mendapat 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Tujuan utama program ini diadakan untuk meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 dan 4 bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran. Selain itu, meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik.
Tutorial ini berlangsung selama 30 minit bermuala jam 12.30 Tengahari hingga 1.00 Petang. Kami staff PIK membekalkan dan memberikan maklumat terkini berkaitan sebarang kemudahan yang di sediakan oleh kerajaan untuk rakyat. Kami di PIK sedia membantu dan meberi tunju ajar kepada para komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: