StreamYard Facebook Live Advokasi (Penipuan Kewangan)
9 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniAplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat LIVE untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat LIVE untuk semua media. Selain itu, penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.
Pada hari Sabtu, 8 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Jeram dan Pusat Internet Komuniti Kg. Repek telah membuat live facebook berkaitan Penipuan Kewangan. Penipuan kewangan bermaksud aktiviti di mana peralatan komputer atau rangkaian digunakan sebagai medium untuk melakukan jenayah yang melibatkan kerugian wang ringgit. Terdapat beberapa jenis penipuan kewangan antaranya adalah penyamaran, scam, kecurian identiti dan banyak lagi.
Tujuan utama program ini diadakan adalah memberi pendedahan agar dapat mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan kewangan. Selain itu, turut diberikan tip-tip agar dapat mengelakkan begi mengenal pasti penipuan kewangan. Tutorial ini berlangsung selama 30 minit bermuala jam 12.30 Tengahari hingga 1.00 Petang. Kami staff PIK membekalkan dan memberikan maklumat terkini berkaitan sebarang kemudahan yang di sediakan oleh kerajaan untuk rakyat. Kami di PIK sedia membantu dan meberi tunju ajar kepada para komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: