Sambutan Hari Malaysia (Pembentukan Malaysia)
11 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2021, telah diadakan live sempena Sambutan Hari Malaysia (Pembentukan Malaysia) dengan kerjasama beberapa PIK di Kelantan. Sesi live kali ini berlangsung pada pukul 3.00 petang dan turut mendapat kerjasama dari PIK Gong Kulim, PIK Bukit Tandak dan PIK Selising. Berikutan tempoh PKP yang sedang berlangsung, kami mengambil inisiatif di mana program ini secara atas talian dan dipaparkan secara Live Streaming di Page PIK Bukit Tandak menggunakan Stream Yard. Tujuan perbincangan ini dijalankan adalah untuk menyampaikan kepada semua penonton tentang bagaimana idea pembentukan Malaysia ini tercetus terutama Negeri Sarawak dan Borneo Utara.
Sepanjang perbincangan ini berlangsung terdapat beberapa topik utama antaranya, faktor, langkah, tokoh pemimpin serta nilai dan pengajaran. Sebagai makluman, dalam perbicangan ini faktor yang diberitahu kepada penonton adalah tentang jaminan keselamatan negara, peningkatkan kemajuan sosioekonomi dan keseimbangan perkauman, Bagaimanapun, terdapat tujuh langkah-langkah bagi membentukan Malaysia daripada Mei 1961 sehingga 16 September 1963. Selain daripada itu, perbincangan ini juga memberitahu tentang nilai dan pengajaran yang boleh diambil adalah seperti cara permuafakatan antara pemimpin negara. Sebagai contoh, kerjasama antara wakil kerajaan Britsh, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak Bornoe Utara dan Singapura memberi kerjasama serta kefahaman yang sama tentang idea pembentukan Malaysia.
Seterusnya dalam pembentukan Malaysia ini juga, penonton dapat mengambil pengajaran tentang cara sistem demokrasi yang betul, bijak merancang strategi dan melalui pembentukan Malaysia juga dapat membentuk perpaduan kaum. Pihak PIK sangat berharap agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.
Kami akan berkongsi dan menyediakan kepelbagaian aktiviti seperti Talk Show berkaitan dengan ICT/Digital, Video Usahawan dan juga Tutorial atau Demostrasi Berkaitan dengan ICT dan juga Digital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang akan kami sediakan boleh lawati dan Like page kami iaitu Page PIK Jeram.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: