Kelas Microsoft Office IV
13 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2021 (Isnin), telah diadakan Kelas Microsoft Office IV. Kelas ini adakan bagi memberi penerangan tentang penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Excel bagi membantu peserta untuk menyiapkan kerjakerja mereka. Peserta juga diberikan tugasan untuk menguji kefahaman beliau tentang apa yang di pelajari.
Kami di Pusat Internet Komuniti Jeram menyediakan kemudahan internet supaya dapat membantu para peserta untuk mendapatkan informasi terkini. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan golongan yang celik IT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet Komuniti ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang di antara luar bandar dan juga di bandar. Selain itu, turut diselitkan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) agar peserta sentiasa berwaspada ketika melayari internet dan sentiasa menyemak setiap maklumat yang diperolehi bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: