Permohonan Perkhawinan (e-Qariah) Online
20 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2021 (Jumaat), peserta telah datang ke Pusat Internet Komuniti Jeram bagi mempelajari cara untuk mengisi Permohonan Perkhawinan (e-Qariah) secara online. Aplikasi permohonan e-Qaryah Online dibangunkan bagi memudahkan permohonan perkhawinan tanpa perlu ke Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Terdapat beberapa syarat Am yang perlu di yang perlu dipatuhi sebelum mengisi borong perkhawinan di aplikasi e-Qariah online. Borang yang telah dicetak dan diisi perlu di hantar ke Pejabat Agama Jajahan tempat dimana akad nikah diadakan.
Setiap negeri mempunyai aplikasi permohonan perkhawinan mereka yang tersendiri. Kami di Pusat Internet Komuniti Jeram menyediakan kemudahan internet supaya dapat membantu komuniti untuk melancar urusankan mereka. Pihak kami sangat berbesar hati bagi membantu komuniti untuk mendalami ilmu berkaitan ICT. Selain itu, turut diselitkan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) agar peserta sentiasa berwaspada ketika melayari internet dan sentiasa menyemak setiap maklumat yang diperolehi bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: