Program Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III) PIK Maxis Kelantan Pengurusan Kewangan dalam Musim Pandemik bersama Koperasi UMK Berhad bersama Staf PIK Maxis Kelantan
11 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniKoperasi UMK Berhad telah mengadakan kursus Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III) untuk semua staf Pusat Internet Komuniti Maxis Kelantan bagi melatih mereka dalam bidang keusahawan. Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Jeram telah menyertai kursus tersebut yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 8 hingga 9 Oktober 2021 yang diadakan secara atas talian menggunakan medium Google Meet. Seramai 32 peserta telah menghadiri program ini yang merangkumi keseluruhan 16 buah pusat internet Komuniti (Maxis) di seluruh Kelantan dengan tajuk pengurusan kewangan dalam musim pandemik.
Taklimat keusahawanan ini disampaikan oleh En Hashim Bin Ahmad Shiyuti yang juga merupakan pelajar PHD di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Program ini bertujuan memberi tunjur ajar kepada kakitangan PIK untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan peserta dapat menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada komuniti setempat. Peserta didedahkan dengan panduan rancangan perniagaan dan pemasaran secara sistematik mengikut spesifikasi yang betul. Selain itu, peserta diajar cara membuat sistem perakaunan perniagaan menggunakan perisian Microsoft Excel. Program ini dapat membantu peserta untuk menyampaikan maklumat berguna kepada komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti yang berminat dan telah menceburi bidang keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: