Program Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III) PIK Maxis Kelantan – Kursus Pengurusan Kerja Berkumpulan bersama Koperasi UMK Berhad
23 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2021, PIK Jeram telah menyertai Kursus Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III) yang dianjurkan oleh Koperasi UMK Berhad untuk semua staf Pusat Internet Komuniti Maxis Kelantan bagi meningkatkan motivasi serta semangat kerja berpasukan di dalam diri sepanjang melakukan tugas di Pusat Internet Komuniti (PIK). Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Pengurus dan Penolong Pengurus PIK yang telah berlangsung selama empat (4) jam yang diadakan secara atas talian menggunakan medium Google Meet bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari dengan tajuk Pengurusan Kerja Dalam Kumpulan.
Kursus tersebut telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Ghazali Ibrahim yang juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan, UMK. Pada permulaan kursus, Prof Madya Dr. Ghazali Ibrahim telah membentuk lima (5) buah pasukan yang melibatkan semua peserta kursus. Aktiviti yang dijalankan merupakan latihan kepada kaedah di dalam Model Pengurusan Kerja Dalam Kumpulan Tukman yang dijalankan sepanjang sesi itu berlangsung tadi. Kesemua aktiviti yang dijalankan haruslah dibentangkan untuk bersama-sama memahami konsep setiap model yang dikongsikan dalam kursus berkenaan. Kerja dalam kumpulan adalah tindakan atau proses menyebabkan sekumpulan orang bekerja bersama secara berkesan sebagai satu pasukan, terutamanya melalui aktiviti dan acara yang direka untuk meningkatkan motivasi dan menggalakkan kerjasama. Pembinaan pasukan dalam sesebuah organisasi dapat menyatukan orang ramai dengan menggalakkan kerjasama dan kerja berpasukan. Pembinaan pasukan di tempat kerja ialah proses mewujudkan pasukan yang bekerjasama secara padu ke arah matlamat yang sama. Kepentingan dan tujuan utama pembinaan pasukan adalah untuk mewujudkan pasukan yang kuat melalui membentuk ikatan dan perhubungan.
Aktiviti yang ketiga adalah “Norming”. Di dalam tahap ini kebiasaannya ahli bersetuju mengenai peranan dan proses untuk menyelesaikan masalah. Keputusan dibuat melalui perundingan dalam kumpulan. Di dalam aktiviti ini para peserta diberikan tajuk masing-masing yang harus dibincangkan untuk mengelolakan sebuah program. Kesemua aktiviti yang dijalankan haruslah dibentangkan. Tahap yang akhir “Performing” tidak dapat dilaksanakan memandangkan masa kursus yang singkat. Tetapi Prof Madya Dr. Ghazali Ibrahim telah menerangkan kepada para peserta maksud “Performing” di mana ahli pasukan dapat mencapai hasil yang berkesan dan memuaskan. Di tahap ini ahli dapat mencari jalan keluar untuk masalah yang diusahakan oleh ahli secara kolaboratif. Mereka juga saling bergantung kepada ahli satu sama lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: