Kelas Microsoft Word
23 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 May 2021 (Sabtu), telah diadakan Kelas Microsoft Word. Kelas ini adakan bagi memberi penerangan tentang penggunaan Microsoft Word bagi membantu peserta dalam menyiapkan kerja beliau. Kelas yang diberikan dapat membantu peserta untuk lebih memahami setiap “tools” yang terdapat dalam Microsoft Word bagi memudahkan beliau menyiapkan kerja beliau. Peserta juga turut diberikan tugasan bagi menguji kefahaman beliau tentang kelas yang diberikan.
Kami di Pusat Internet Komuniti Jeram menyediakan kemudahan internet supaya dapat membantu komuniti setempat untuk mendapatkan informasi terkini terutamanya yang berkaitan dengan teknologi semasa. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan komuniti yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet Komuniti ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara penduduk di luar bandar dan juga di bandar. Selain itu, turut diselitkan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) agar peserta sentiasa berwaspada ketika melayari internet dan sentiasa menyemak setiap maklumat yang diperolehi bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu serta mengelakkan peserta menjadi mangsa penipuan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: