Sesi Pembelajaran dalam talian I
27 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 26 Januari 2021 (Selasa), pelajar telah datang ke Pusat Internet Komuniti Kg. Jeram bagi mengikuti kelas yang diadakan secara online oleh pihak universiti berikutan pendemik Covid19. Kelas secara atas talian diadakan bagi menggantikan penganjaran dan pebelajaran secara bersemuka di Universiti. Dengan adanya capaian internet yang berkelajuan tinggi memudahkan para pelajar untuk mengikuti kelas yang diadakan tanpa sebarang ganguan.
Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang terdapat di PIK Jeram yang memberi keselesan kepada para pelajar. Kami di PIK Jeram bersedia menerima dan membantu para pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran. Seiring dengan visi dan misi penubuhan Pusat Internet Komuniti adalah bagi merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan juga di bandar. Disamping itu, untuk membekalkan capaian internet secara meluas terutamnya di luar bandar. Sebarang pertanyaan boleh berkunjung ke PIK berdekatan atau hubungi staff PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: