5 Tips mengunakan Microsoft Excel
14 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Julai 2021, telah diadakan Tutorial 5 Tips menggunakan Microsoft Excel dengan kerjasama beberapa PIK di Kelantan. Sesi tutorial kali ini berlangsung pada pukul 11.00 pagi dan turut mendapat kerjasama dari PIK Gong Kulim dan PIK Semuba. Berikutan tempoh PKP yang sedang berlangsung, kami mengambil inisiatif di mana kelas tersebut berlangsung secara atas talian dan dipaparkan secara Live Streaming di Page PIK Gong Kulim menggunakan Stream Yard.
Antara tips yang dikongsikan sepanjang live streaming ini ialah cara mengisi data yang sama secara sekaligus ke dalam excel, cara untuk menghapuskan baris kosong, merapikan teks, mengubah jenis huruf dan cara menggunakan freeze panes. Pihak PIK sangat berharap agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.
Sepanjang tempoh Lockdown, kami akan berkongsi dan menyediakan kepelbagaian aktiviti seperti Talk Show berkaitan dengan ICT/Digital, Video Usahawan dan juga Tutorial atau Demostrasi Berkaitan dengan ICT dan juga Digital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang akan kami sediakan boleh lawati dan Like page kami iaitu Page PIK Jeram.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: