Tutorial Sains & Komputer Siri ii
9 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 8 February 2022 PEDi Jeram mengadakan aktiviti ICT bersama ahli PEDi jeram. Aktiviti pada kali ini adalah Tutorial Sains & Komputer, Tutorial dijalankan secara online menggunakan goggle form. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Antara peranan penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah:
- Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
- Meningkatkan motivasi pelajar
- Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
- Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi
- Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
- Meningkat daya kreativiti dan imaginasi pelajar
- Meningkat kemahiran ICT
Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan ini memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi maka Teknologi Maklumat dan Komunikasi dilihat mampu memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: