Kuiz KDB Keselamatan Kata Laluan
14 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2022 PEDi Jeram mengadakan aktiviti KDB bersama ahli PEDi jeram. Aktiviti pada kali ini adalah bertajuk Keselamatan kata laluan, kuiz dijalankan secara online menggunakan goggle form. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana dapat mendedahan pengguna tentang kepentingan KDB dalam menggunakan keselamatan kata laluan sebagai panduan keselamatan dalam menggunakan gajet dan lain-lain.
Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kesedaran kepentingan kata laluan.Kata laluan adalah satu daripada langkah keselamatan yang digunakan bagi melindungi maklumat peribadi yang disimpan di dalam sesebuah sistem atau aplikasi diinternet.
Kecurian identiti, pengodaman, scam, phising dan lain-lain jenayah siber boleh bermula dengan kelemahan penggunaan kata laluan, selain kecuaian daripada pengguna sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: