Aktiviti KDB Mengenal Pasti Muslihat dan Penipuan di Internet
13 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2022 PEDi Jeram mengadakan program KDB, aktiviti yang diadakan adalah peserta diberi latihan kuiz bertajuk Mengenal Pasti Muslihat dan Penipuan di Internet. Kuiz ini memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan mengenal pasti tiga helah dan penipuan dilakukan 'scammer' untuk memperdaya orang ramai supaya menyerahkan dokumen peribadi perbankan internet mereka.
Phishing adalah bertujuan untuk menipu selalunya dilakukan menerusi e-mel untuk mencuri maklumat peribadi seseorang. E-mel Phishing biasanya muncul seperti ianya daripada organisasi yang sangat dikenali dan meminta maklumat peribadi anda seperti nombor kad kredit, nombor akaun atau nama-nama login dan kata laluan. Di Malaysia, sebahagian besar serangan phishing dikesan mensasarkan kepada pengguna perbankan internet dan muslihat mereka adalah untuk mendapatkan maklumat kewangan mangsa.
Bagi membolehkan penjenayah Phishing mendapatkan maklumat peribadi anda, mereka akan mengarahkan anda ke laman web yang kelihatan seolah-olah seperti sebuah laman perbankan internet yang sah tetapi ianya adalah palsu. Hal ini dilakukan dengan menghantar e-mel yang menyamar datang dari bank anda dengan link (pautan) tersembunyi yang membawa anda ke laman web palsu apabila diklik. Apabila anda mengisi butiran dan menghantar melalui laman web palsu berkenaan, maklumat tersebut dapat diperolehi oleh para penjahat siber untuk mendapatkan akses ke akaun perbankan internet anda.
Peserta diingatkan semua supaya sentiasa berwaspada apabila menerima SMS atau mana-mana aplikasi pesanan ringkas yang menyerupai pesanan daripada pihak bank.
"Jangan melayari dan memberikan maklumat perbankan di mana-mana laman sesawang dengan alamat URL yang mempunyai perbezaan dan variasi dari segi nama, huruf serta ejaan, berbanding laman perbankan internet sebenar.
"Selain itu, jangan sesekali menyerahkan nama dan kata laluan perbankan internet, termasuk nombor TAC dan OTP kepada mana-mana pihak melalui SMS atau mana-mana aplikasi pesanan ringkas atau kaedah lain," katanya.
Pengguna juga boleh menyalurkan maklumat dan membuat aduan berhubung perkara itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 dan 03-26101599 atau SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my , selain e-mel kepada aduanskmm@mcmc.gov.my atau menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 016-2206262
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: