Aktiviti Bersama Usahawan Digital
14 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 February 2022 PEDi Jeram mengadakan aktiviti bersama usahawan PEDi jeram. Aktiviti pada kali ini adalah Live bersama usahawan dan mengadakan kuiz untuk usahawan sertai.
Keusahawanan digital telah meningkatkan pemahaman anda dalam bidang keusahawan moden dari segi teori teknikal dan praktikal. Dari segi teori keusahawanan secara dalam talian seperti mengenal pasti idea dan peluang perniagaan baru yang boleh diwujudkan secara digital, pembanguanan idea perniagaan digital, kaedah mengekspoitasi peluang perniagaan, kaedah memulakan perniagaan digital dan sebagainya.
Dari segi praktikal, keusahawanan digital membuka peluang kepada individu yang berhasrat untuk menjadi usahawan dengan mempelajari kemahiran asas mengenai keusahawanan digital. Kemahiran asas keusahawanan digital merangkumi kaedah mencari pelanggan secara dalam talian, menciota idea perniagaan baharu serta memperbaiki perniagaan yang berasaskan data dan sebagainya.
Bagi memulakan perniagaan digital, anda hanya perlukan telefon pintar dan juga kemudahan capaian internet. Di samping itu, bagi memastikan kejayaan dan kelangsungan perniagaan, anda perlu mengenal pasti dan memilih idea perniagaan yang memiliki 3 ciri berikut iaitu:
- Jenis perniagaan yang anda berminat menjalankannya.
- Jenis perniagaan yang anda tahu dan mampu melaksanakannya
- Jenis perniagaan yang ada permintaan di pasaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: