Permohonan Rumah Prima
18 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Ahad - 17 Jun 2022 – PEDi Jeram telah membantu komuniti setempat dalam permohonan rumah prima secara online.
Peserta datang ke PEDi Jeram untuk memohon Rumah prima secara online. Pendaftaran dibuat secara dalam talian (online) menerusi internet selaras dengan perkembangan teknologi masa kini dan sebagai makluman PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran.
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, komuniti kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara.
Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000 .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: