Aktiviti Mingguan ICT Junior
19 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Ahad - 18 Jun 2022 – PEDi Jeram telah mengadakan aktiviti ICT Junior bersama ahli PEDi jeram berumur 6 tahun kebawah, Peserta dikehendaki menyertai game matematik.
Tujuan game matematik diadakan adalah salah satu kaedah bermain sambil belajar untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai – nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang – rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.
Teknologi sekiranya digabungkan dengan pengajaran tradisional di sekolah akan memberikan kesan yang sangat efektif .Dalam menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, apa yang lebih utama ialah bagaimana teknologi itu digunakan dalam membantu meningkatkan cara berfikir pelajar. Dengan pendekatan yang betul, pelajar dapat memanfaatkan penggunaan teknologi untuk menyelesaikan masalah dalam kerja-kerja seharian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: