Pertandingan Penulis Esei Peringkat Sekolah Rendah
20 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Ahad - 19 Jun 2022 – PEDi Jeram telah membantu pelajar calon UPSR dalam menyiapkan tugasan esei. Pelajar tersebut telah mengikuti pertandingan Kelab UPSR dengan menyertai pertandingan membina esei.
Pelajar datang untuk mencari maklumat dan bahan yang dapat membantu beliau menyiapkan tugasan diberi. PEDi Jeram menyediakan kemudahan untuk semua pelajar dan komuniti setempat.PEDi berfungsi sebagai hab digital dan menyediakan kesalinghubungan bagi komuniti terpenci
Pertandingan esei ini bertujuan melahirkan belia yang mampu menilai dan menganalisis isu semasa dalam bentuk penulisan berformat dan menyediakan platform kepada pelajar untuk menyampaikan idea-idea yang berkualiti.
Menerusi esei itu nanti, peserta akan menjawab permasalahan tema program. Pertandingan menulis esei dalam kalangan pelajar sekolah tidak asing lagi dalam dunia pendidikan di negara kita. Ia dianjurkan di sekolah-sekolah terutamanya pada minggu bahasa.
Pelajar yang suka melibatkan diri dalam pertandingan menulis esei sememangnya seorang yang mudah peka dengan perkembangan semasa.Mereka berbuat demikian kerana mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Apabila mereka menulis, peserta akan tekun menyiapkan karangan mengikut masa lapang yang diluangkan sebelum tarikh tutup penyertaan.Hasilnya, pelajar jadi lebih mahir mengenai satu-satu tema ilmu tertentu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: