Webinar Asas Keusahawanan “Jom Jadi Usahawan Digital”
20 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 February 2022 PEDi Jeram mengadakan satu program usahasama antara team Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dibawah seliaan Maxis dan Digi.
Antara modul yang dikonsikan adalah :
1) Bagaimana untuk bina WhatsApp Bisnes
2) Cara membuat logo dan stiker perniagaan
3) Edit gambar produk menggunakan Applikasi Photo Room.
Dengan adanya latihan tersebut, ia dapat memperkasa dan mengembangkan perniagaan dalam talian, mengembangkan potensi pelanggan baru tempatan dan luar negara dan akhirnya meningkatkan pendapatan perniagaan mereka.
Turut terlibat menjayakan program tersebut adalah PEDi Jeram,PEDi Semuba dan PEDi Gong Kulim adalah daripada PEDi daripada Maxis dan PEDi Padang To’La , PEDi Tendong dan PEDi Kok Lanas daripada DIGI, bagi memaksimumkan capaian kepada usahawan.
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mengalu-alukan lebih banyak rakan strategik baru agar impian untuk merealisasikan ekonomi digital ini menjadi kenyataan.
PEDi akan meneruskan usaha untuk memperkasa perniagaan dan industri tempatan untuk menjadi penyumbang kepada ekonomi digital. Dengan pembangunan industri ICT yang berkembang pesat dan penggunaan yang meluas, ia akan dapat membantu untuk menyokong serta menjayakan program .
PEDi menjadi sebuah pusat sehenti untuk mendekatkan usahawan kecil agar mesra terhadap ekonomi digital. Pelbagai program disediakan untuk membantu usahawan kecil memulakan perniagaan atau meningkatkan permintaan terhadap produk mereka.
Pelan berfasa ini dilihat dapat memberi satu keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan amat komited untuk membina semula ekonomi yang makin meruncing akibat pandemik Covid-19
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: