Program Rehabilitasi Komuniti (Khidmat Komuniti) Kesedar Dun Nenggiri
11 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Rehabilitasi Komuniti (khidmat Komuniti) Kesedar Jeram Tekoh Dun Nenggiri anjuran bersama pikah Adun Nenggiri, Pihak Koperasi Kesedar Jeram Tekoh dan Klinik Kesihatan Jeram Tekoh yang diadakan pada hari Rabu, 10 August 2022 bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Peserta yang terlibat dalam program ini merupakan komuniti yang menetap di Kesedar Jaram Tekoh termasuk peneroka dan anak-anak peneroka Kesedar Jeram Tekoh. Program ini di jalankan di dewan serbaguna Kesedar Jeram Tekoh. Program bermula dengan aktiviti gotong-royong pada jam 8 pagi di Tanah Perkuburan Jeram Tekoh sehingga jam 12 tengahari. Pada jam 2 petang program disambung dengan acara sukaneka rakyat sehingga jam 6 petang dengan pelbagai sukanera disediakan untuk penyertaan komuniti.
Progam ini merupakan program rehabilitasi pemimpin bersama rakyat dan penjagaan kesihatan anjuran bersama klinik kesihatan Jeram Tekoh. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara komuniti dan menjaga kebersamaan yang kukuh supaya hubungan yang baik sentiasa terjalin. Antara sukaneka yang dianjurkan adalah seperti pertandingan bola jaring, pertandingan futsal, pertandingan tata hias berpasangan, minum susu berpasangan, makan tembikai paling laju, isi air dalam botol, motor lambat wanita dan lelaki , bawa bola ping pong dalam sudu, dan berebut gula- gula bagi kanan-kanak. Program ini menyediakan hadiah untuk semua pertandingan dan juga hadiah untuk cabutan bertuah.
Di akhir program ini, pengajur membuat sesi cabutan bertuah dan pembahagian hadiah kepada pemenang serta sesi bergambar sebelum program selesai dan bersurai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: