Program Penerimagunaan Digital MDEC
20 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Khamis - 19 Mei 2022 – PEDi Jeram telah menyertai “Siri Webinar Program Penerimagunaan Digital MDEC” anjuran MDEC yang merupakan salah satu rakan kerjasama strategik bagi Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) bagi menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perlaksanaan program-program digital MDEC yang bakal ditawarkan di PEDi dan keperluan serta kaedah bagi menghebahkan program-program digital kepada komuniti. Program yang berlangsung selama 2 jam 30 minit ini telah melibatkan kesemua PEDi di Malaysia bagi memberi penjelasan tentang program-program digital MDEC yang memfokuskan perkembangan usahawan setempat dalam menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian dengan menjadikan PEDi sebagai pusat sehenti untuk merapatkan jurang digital masyarakat di luar bandar dan miskin bandar bagi memperkasakan diri dalam kegiatan ekonomi digital. Pihak MDEC juga telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menjayakan program ini.
Terdapat tiga program digital yang difokuskan dalam webinar ini iaitu #Saya Digital Perniagaan eUsahawan & PeDAS Sharing Economy, #Saya Digital Perniagaan eRezeki & GLOW dan Program Digital Rakan Strategik MDEC. PEDi akan memainkan peranan penting dalam menjayakan program keusahawanan digital ini berdasarkan Modul Keusahawanan Digital yang diperakui oleh Badan Pensijilan Antarabangsa dan digunakanpakai oleh IPT/TVET yang mempunyai tiga tahap pelaksanaan iaitu Digital Commerce (Get Found di internet) , eCommerce (Jualan & Transaksi dalam talian) dan Cross-Border Commerce (Eskport) yang disokong oleh lebih 120 jurulatih bertauliah, 1,477 pensyarah, 28 pakar mata pelajaran, 550 IPT/TVET, dan Platform Go-eCommerce. Kemudian, terdapat lebih 35 PEDi yang diiktiraf sebagai Pusat Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dalam menjayakan program ini.
Pihak PEDi amat berbesar hati dalam penglibatan program keusahawanan digital ini bagi membangunkan ekonomi usahawan setempat dalam menjana pendapatan secara atas talian dengan lebih baik melalui pelbagai medium yang disarankan dan dianjurkan oleh pihak yang berkaitan. Pihak PEDi juga berharap perlaksanaan program ini dapat membantu usahawan komuniti dengan jayanya dan secara tidak langsungnya dapat jua membantu perkembangan ekonomi negara yang lebih efisien.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: