Webinar Pendaftaran Bersama SSM
24 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 March 2022 Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD CORP) bersama-sama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menganjurkan webinar untuk pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
Justeru, para usahawan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara dijemput untuk menyertai program yang akan berlangsung secara online.
Peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan dengan SSM.
Banyak kelebihan yang akan diperolehi jika mendaftar dengan SSM antaranya ialah ia akan membolehkan untuk menikmati bantuan yang disediakan agensi-agensi kerajaan seperti dalam bentuk geran untuk memulakan perniagaan.
Pendaftaran Perniagaan Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar IPT Sepenuh Masa
1. Berkuatkuasa pada 4 Februari 2021, Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran. Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran ini habis digunakan.
2. Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM ini ditambahbaik bagi membantu lebih ramai golongan usahawan Kumpulan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.
3. SPPP ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.
4. Pengecualian Fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut: (a) Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun; (b) Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun; dan (c) Cetakan maklumat – RM10.
5. Kategori Permohonan yang layak untuk skim ini seperti berikut: (a) Kategori Usahawan Kumpulan B40: (i) Warganegara & Penduduk Tetap berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan; (ii) Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan (iii) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM. (b) Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa: (i) Warganegara & Penduduk Tetap berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan; (ii) Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan (iii) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
6. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari 2 kategori yang dinyatakan sahaja) seperti dinyatakan di perkara 5).
7. Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di ezbiz.ssm.com.my. Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: