Kaunter Bergerak Tabung Haji Kerjasama PEDi Jeram & TH
28 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 March 2022 PEDi Jeram mengadakan aktiviti bersama pasukan TH, Aktiviti yang melibatkan kaunter bergerak TH ke PEDi Jeram.
Pembukaan Kaunter Bergerak Tabung Haji di PEDi Jeram memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan dengan pihak Tabung Haji.
Menurut pegawai yang bertugas di kaunter berkenaan,Hj. Nafiza, antara urusan yang boleh dibuat di kaunter terbuka tersebut adalah seperti mengemaskini maklumat dan akaun ahli, pembukaan akaun baru, penyimpanan/pendeposit baru, semakan baki akaun, skim pemotongan gaji dan juga khidmat nasihat.
Selain dari kaunter, Tabung Haji juga menyediakan khidmat atas talian melalui aplikasi yang dikenali ‘THiJARI’
Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil pendekatan proaktif memperkenalkan aplikasi THiJARI bagi memudahkan urusan 8.9 juta pendepositnya melakukan pelbagai transaksi hanya di hujung jari.
Bukan sekadar semakan baki akaun dan rekod transaksi, aplikasi itu juga membolehkan pendeposit melakukan pindahan simpanan akaun TH, mengemas kini profil serta muat turun dan mencetak penyata akaun.
Menariknya lagi, aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play atau App Store ini memudahkan para pendeposit menyemak status pendaftaran haji, memuat turun slip pendaftaran haji, status tawaran haji, jadual penerbangan pergi dan balik serta semakan lokasi dan tarikh khusus berserta nota kursus asas haji.
Seiring namanya THiJARI, semua urusan berkaitan institusi kewangan Islam itu kini mampu dilakukan dengan mudah di hujung jari di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
THiJARI adalah saluran tambahan kepada perkhidmatan kaunter dan dalam talian yang sedia ada di lebih 10,000 titik sentuh di seluruh negara
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: