Webinar SSM Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bersama SSM
28 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Khamis - 27 Oktober 2022 – PEDi Jeram telah telah menyertai sesi webinar bersama pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan taklimat berkenaan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diuruskan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh pegawai dari SSM. Taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua usahawan PEDi berkaitan program SPPP ini. Program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang merupakan salah satu inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma. Golongan yang terpilih akan diberi penguacualian untuk membayar lesen perniagaan SSM selamat setahun.
Sepanjang taklimat dijalankan pihak SSM juga menerangkan tentang kepentingan usahawan mendaftarkan perniagaan mereka. Dalam perkongsian ini juga, pihak SSM menerangkan tentang perbezaan jenis perniagaan yang didaftarkan serta kelebihan dan kekurangan untuk setiap perniagaan berkenaan. Pihak SSM juga menerangkan tentang cara untuk mendaftar dan menggunakan laman web ezbiz.ssm.com.my . Laman web Ezbiz merupakan platform pendaftaran SSM secara atas talian yang boleh digunakan oleh usahawan untuk sebarang urusan berkaitan SSM seperti mendaftar akaun SSM, memperbaharui serta lain-lain urusan yang berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: