Bual Bicara Mengenai Langkah Pencegahan HFMD
30 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Ahad - 29 Mei 2022 – PEDi Jeram telah mengadakan live bual bicara santai bersama PEDi Repek dan PEDi Karangan mengenai “Langkah Pencegahan HFMD”. HFMD adalah penyakit berjangkit , penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kian menular dalam kalangan kanak-kanak apabila mencatatkan 31,661 kes antara Januari hingga 14 Mei lalu. Peningkatan 15 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu menyaksikan Selangor menyumbang jumlah kes terbesar dengan 8,864 diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 4,421 kes.
HFMD biasanya bermula dengan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Dalam sehari atau dua, luka (ulser) di mulut akan timbul. Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang berkemungkinan menjadi lepuh. Ruam ini juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam merah ini biasanya tidak menyebabkan kegatalan. Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut.
Tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami tanda dan gejala yang sama. Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengalami ruam merah atau lepuh pada kulit atau luka pada mulut. Sebilangan kanak-kanak lain mungkin dijangkiti tanpa kehadiran sebarang tanda atau gejala. Sekiranya ibu bapa mendapati anak mempunyai simptom penyakit berkenaan seperti gatal, bintik-bintik merah, ruam elakkan menghantar anak ke pusat penjagaan dan segera mendapatkan rawatan doctor.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: