Taklimat permohonan Akta Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K)
5 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Isnin - 4 July 2022 – PEDi Jeram telah menyediakan kemudahan kepada pengujung untuk mendaftar Permohonan Taklimat Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) dabawah kementerian Kesihatan Malaysia.
Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (P&TK) 2016 [Akta 775] telah diwartakan pada 10 Mac 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2016 oleh YB Menteri Kesihatan. Malaysia adalah merupakan antara beberapa negara terawal di dunia yang telah menggubal Akta sedemikian untuk mengawal selia amalan dan pengamal PT&K. Antara lain, Akta ini memperuntukkan penubuhan Majlis PT&K untuk mengawal selia perkhidmatan PT&K di Malaysia serta mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Anggota dan Setiausaha Majlis PT&K telah dilantik oleh YB Menteri Kesihatan bagi tujuan tersebut.
Sejak abad yang lalu, perubatan tradisional telah memainkan peranan yang utama dalam memberikan penjagaan kesihatan kepada manusia. Perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) telah menjadi semakin terkenal di kalangan masyarakat bagi tujuan penyembuhan penyakit dan penjagaan kesihatan. Kerajaan Malaysia berusaha dengan sungguh untuk membangunkan bidang ini memandangkan negara kita kaya dengan sumber asli untuk dibangunkan menjadi produk kesihatan.
Perubatan tradisional dan komplementari boleh menjadi komponen yang penting dalam sistem penjagaan kesihatan negara ini agar ianya meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup rakyat Malaysia seiring dengan perubatan moden.
Permohonan pendaftaran taklimat PT&K boleh dibuat di laman sesawang https://tcm.moh.gov.my/ms/.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: