Kuiz Dan Kesedaran Kebersihan Covid 19
28 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2022 mengadakan program Kesedaran Covid 19.Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan para peserta untuk kesedaran menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan penyakit yang berbahaya. COVID-19 merupakan singkatan bagi Corona Virus 2019 Penyakit ini berasal dari Wuhan, China. Penyakit ini mula merebak dan memberi kesan kepada penduduk Malaysia sekitar bulan Mac 2020. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan, pesakit yang positif dikesan dalam kalangan mereka yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling dan juga mempunyai sejarah perjalanan luar negara.
Berikutan dari pandemic COVID-19 yang menular dengan pantas, kerajaan Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020. Maklumat yang salah dan kekurangan maklumat semasa pandemik ini dapat menyebarkan paranoia, ketakutan, dan stigma dalam kalangan pelajar. Justeru, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menjalankan aktiviti Kuiz dan kebersihan COVID 19 untuk meningkatkan kesedaran kepada para peserta terhadap COVID-19. PEDi Jeram telah menyalurkan informasi mengenai COVID-19 di FaceBook Page, Telegram dan peserta yang berminat boleh menyertainya. Antara aktiviti yang disediakan kepada peserta adalah seperti perkongsian maklumat berkaitan COVID-19 dari youtube dan poster. Para peserta perlu menjawab soalan kuiz berdasarkan maklumat yang dilihat dalam youtube dan poster yang dikongsikan. Penggunaan video dan juga kuiz secara atas talian telah membuatkan para peserta berasa teruja dengan program yang dianjurkan. Peserta juga menyatakan mereka telah dapat menambah ilmu pengetahuan tentang kebersihan diri dan cara-cara mengatasi masalah jangkitan COVID-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: