Kursus Train the Trainer (TTT) : Open Broadcaster Software (OBS) Bersama Pengurus PEDi
6 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 05 Mac 2022, satu kursus OBS telah diadakan secara online. Kursus ini bertujuan mendedahkan para staff PEDi Maxis dengan penggunaan Open Broadcaster Software (OBS). Kursus telah dikendalikan oleh Anuar bin Maso’od daripada PEDi Semenyih. Kursus ini telah berlangsung selama satu hari dari jam 10.30 pagi sehingga jam 4.30 petang secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. En Anwar Maso’od selaku Pengurus PEDi Semenyih telah menjadi host kursus latihan yang disertai oleh para Pengurus PEDi dibawah seliaan Nera Sdn. Bhd. Kursus ini bertujuan bagi mendedahkan para peserta dengan perisian streaming dan rakaman video popular yang menawarkan pelbagai ciri yang tidak terdapat dalam aplikasi lain.
Kursus ini juga bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran berkomunikasi kepada kakitangan Pusat Ekonomi Digital yang lain serta mempelajari penggunaan asas perisian OBS Studio. Antara pengisian kursus ini adalah cara membuat carian OBS, muat turun, pengenalan asas terhadap OBS, tetapan asas, pengenalan mengenai “scenes”, pengenalan mengenai “sources”, penggunaan “Green Screen”, penggunaan “Virtual Camera”, membuat sambungan OBS ke Google Meet, Zoom Meeting & StreamYard dan sesi latihan. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para peserta. Beliau juga memberi tunjuk ajar secara lebih terperinci tentang fungsi OBS dan cara-cara untuk menggunakannya dengan lebih mudah. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para peserta bagi meningkatkan fungsi PEDi kepada komuniti dan dapat berkongsi ilmu baru dengan komuniti yang memerlukan seperti pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: