Manfaat Aplikasi cmccs kepada sahabat Amanah
19 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Isnin - 18 July 2022 – PEDi Jeram telah membantu komuniti kg Jeram yang terdiri daripada sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam penggunaan aplikasi cmccs. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan amanah persendirian di Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 pindaan 1981 (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.
Aplikasi ini bertujuan sebagai alat bantuan komunikasi dan makluman dua hala antara Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang berurusan menggunakan Sistem Kutipan Mikro Kredit Tanpa Tunai (CMCCS) dengan vendor pembangun sistem. Pengguna boleh membuat bayaran, membuat semakan rekod bayaran, memperoleh makluman terkini, dan juga membuat aduan melalui Live Chat. Kini bayar balik AIM lebih mudah, hanya di hujung jari. Objektif penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinann di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan. Aplikasi ini dapat memudahkan sahabat Amanah Ikhtiar membuat pembayaran pinjamin mereka. Aplikasi boleh di muat turun pada telephone mudah alih sahabat masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: