Bengkel Asas Penggunaan aplikasi Canva
15 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Jeram, 14 Feb 2023, jam 11.00 Pagi bertempat di Makmal Komputer Sekolah Dato Ismail, telah berjaya menganjurkan satu bengkel iaitu Bengkel Asas Penggunaan Aplikasi Canva yang telah diadakan secara bersemuka dengan kehadiran 57 orang peserta daripada pelajar tingkatan 4 selama dua hari.
Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para pelajar mengenai penggunaan aplikasi Canva yang kini menjadi trend dalam menghasilkan resume,poster, banting, risalah, slaid pembentangan dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adobe Photoshop, Powerpoint dan seumpamanya. Dengan penggunaan aplikasi ini juga, peserta tidak perlu membuat instalasi (keperluan hanya pada telefon pintar sahaja) dan boleh digunakan secara atas talian, malah setiap penerbitan yang dihasilkan boleh dikongsikan ke media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.
Antara pengisian bengkel ini adalah setiap peserta diberi tunjuk ajar bagaimana menghasilkan resume dengan menggunakan aplikasi Canva.com. Peserta diberi penerangan dan juga perkongsian cara untuk menghasilkan resume secara atas talian. Peserta perlu membuka laman web yang diberi oleh petugas dan diajar untuk mengubah dan mengisi maklumat yang diperlukan.
Dengan penganjuran bengkel ini yang mengambil masa 2 hari untuk dua sesi , diharap sedikit sebanyak memberi manfaat kepada peserta dalaman menghasilkan resume dengan lebih kreatif dan interaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: