Program Gerenti Kerja (Temuduga)
13 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital, Ahad 12 Februari 2023 – Telah berlangsung temuduga bagi Program Geranti Kerja. Program G.E.R.A.K telah dirangka khusus bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan. Elemen istimewa dan yang pertama kali di Malaysia, melalui program ini pelajar-pelajar layak menerima pulangan yuran sehingga 50% sekiranya masih gagal mendapat pekerjaan tetap dalam 6 bulan selepas tamat pengajian.
Program ini mempunyai tiga teras utama iaitu pertama menawarkan program dan silibus yang bertepatan dengan kehendak industry. Kedua memberikan latihan dan modul tambahan intensif untuk kebolehpasaran kerja. Akhir sekali membina jalinan kerjasama industri untuk penempatan pekerjaan dan menambah-baik silibus.
Temuduga akan diadakan bagi memilih pelajar yang layak untuk menyertai program ini. Bagi pelajar lepasan SPM ini adalah peluang keemasan kerana IPT ini akan memberikan anda jaminan kerja terus setelah tamat pengajian (terma dan syarat).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: