Keusahawan : Kelas Akaun TikTok
20 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital, Ahad 19 Februari 2023 – Staff PEDi Jeram telah membantu usahawan untuk membuat akaun TikTok bagi tujuan untuk mempromosikan lagi perniagaan beliau. TikTok merupakan aplikasi dalam kategeri media sosial yang paling banyak digunakan di seluruh dunia sekarang. Kini. TikTok bukan sahaja dikenali sebgai sau medium hiburan, malahan menjadi platform penting bagi membantu generasi muda untuk menimba ilmu dan menjana pendapatan melalui pelbagai kaedah yang tersedia dalam aplikasi tersebut.
Bagi menjana pendapatan melalui TikTok usahawan perlu menjadi lebih kreatif supaya mendapat jumlah tontonan yang tinggi yang secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah pengikut. Dengan adanya aplikasi seperti ini dapat membantu para usahawan untuk memperkenalkan lagi produk-produk mereka.
Antara kelebihan aktiviti adalah dapat melahirkan golongan usahawan yang mengikuti perkembangan teknologi terkini yang mana semua usahawan digalakkan berniaga secara dalam talian. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan promosi produk sekaligus dapat meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan promosi produk sekaligus dapat meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: