Kelas Cara Memohon Bantuan Maik
19 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital, Rabu, 18 Januari 2023 – PEDi Jeram telah mengadakn kelas bagi membantu komuniti untuk membuat permohonan bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik). Maik melaksanakan e-Agihan iaitu sistem permohonan bantuan dalam talian bagi menggantikan sistem sedia ada yang menggunakan borang manual bagi memudahakan orang ramai membuat permohonan. Hal ini kerana pemohon perlu lagi beratur untuk mengambil dan menghantar borang permohonan.
Pemohon akan menerima nombor rujukan permohonan melalui notifikasi sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) dan akan disemak serta diproses secara dalam talian oleh pegawai dan kakitangan Maik. Status permohonan akan berubah mengikut proses yang terlibat iaitu proses siasatan, proses semakan, proses kelulusan dan proses bayaran. Setiap proses tersebut boleh dijejak secara atas talian oleh pemohon berdasarkan nombor rujukan yang diberikan.
Permohonan yang boleh dibuat di eAgihan adalah Permohonan Bantuan Tetap Bulanan, Bantuan Pembangunan Asnaf, Bantuan Am, Bantuan Rawatan Perubatan, Bantuan Persekolahan, Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Bantuan Pelajar Pondok dan Tahfiz, Bantuan Hari Raya, Skim Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman dan Bantuan Rumah Kediaman. Turut terlibat, permohonan Biasiswa Tengku Anis Maik, Bantuan Rawatan Dan Perubatan (Projek Khas), Program Pengajian A Level dan Ijazah Dalam dan Luar Negara, Program Pengajian Diploma dan SKM, Program Biasiswa Sultan Ismail Petra, Bantuan Kepada Gharimin, Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) dan Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke IPT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: